Terma & Syarat

Halaman ini beserta dengan kenyataan yang tertera dibawah, memberitahu anda (terma dan syarat) dimana urusan jual beli kami di http://Apasaja.MY (Apasaja.MY) dilakukan supaya anda berasa selesa, selamat dan yakin dengan perniagaan dan perkhidmatan kami. Ini memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak di lindungi haknya.

Kami mengharapkan anda membaca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum membuat pesanan produk-produk dilaman web rasmi kami ini. Kami berandaian anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan apabila anda bersetuju  membuat pesanan dari mana-mana produk kami.

1.        Bagaimana kontrak terbentuk:

1.1.     Apabila anda membuat pesanan, anda perlu mendaftar akaun di “My Account” dilaman web kami seperti yang diperincikan di fasal 8.

1.2.     Pembayaran sepenuhnya perlulah dilakukan bagi produk yang anda pesan melalui perbankan yang kami tetapkan iaitu Maybank Berhad dan SENANGPAY FPX. Pesanan anda akan diproses selepas pihak kami menerima pengesahan pembayaran.

1.3.     Anda mengaku bahawa semua butiran yang anda berikan kepada kami untuk tujuan pembelian produk adalah benar. Kaedah pembayaran yang anda gunakan adalah sendiri dan terdapat dana yang mencukupi untuk menampung kos produk. Kami berhak untuk mendapatkan pengesahan butiran pembayaran anda sebelum menyediakan anda dengan Produk.

1.4.     Apabila anda membuat pesanan ke laman ini, anda telah bersetuju bahawa anda berbuat demikian tertakluk kepada terma dan syarat ini semasa pada tarikh anda mengemukakan pesanan anda. Anda dinasihatkan untuk menyemak terma dan syarat terkini setiap masa anda menyerahkan pesanan anda.

1.5.     Jika anda mendapati bahawa anda telah membuat kesilapan semasa pesanan dibuat selepas serahan kepada laman ini, sila hubungi sales@apasaja.my atau hubungi kami ditalian dengan segera. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh menjamin bahawa kami akan mampu meminda pesanan anda.

1.6.     Produk yang telah dibeli dan sampai kepada anda tidak boleh ditukar semula. Sebelum produk dihantar kami akan memastikan setiap produk berada dalam keadaan yang baik.

1.7.     Harga yang tertera dan dimaklumkan kepada anda adalah tepat. Jika ada perubahan pada harga sebelum kami menerima pesanan anda, kami akan menghubungi  dan meminta anda untuk mengesahkan bahawa anda ingin meneruskan pada harga yang dipinda.

 2.       Pembatalan:

2.1.     Kami berhak membatalkan pesanan jika produk yang dipesan tidak tersedia. Kami akan memaklumkan anda jika perkara ini berlaku dan mengembalikan bayaran yang telah dibuat. Walau bagaimanapun kami akan memastikan perkara sebegini tidak akan berlaku.

2.2.     Pembatalan oleh pelanggan pula, setiap pesanan yang dibuat, telah diproses dan mendapat pengesahan pembayaran ianya tidak boleh dibatalkan.

3.       Produk Rosak:

3.1.     Kami menjamin bahawa produk yang dihantar dalam kuantiti yang dipesan tidak rosak.

3.2.     Sebelum penghantaran dibuat, kami boleh membuat pengubahan kecil kepada warna, ukuran, rekabentuk dan ciri-ciri lain jika perlu untuk keselesaan anda.

3.3.     Kami sedaya upaya untuk mempersembahkan pesanan produk dalam keadaan yang sangat baik. Walau bagaimanapun, jika anda ingin membuat aduan produk rosak, anda mestilah bersetuju menjaga produk dalam tempoh masa sebelum kami memeriksa dalam tempoh yang agak munasabah.

3.4.     Kami memerlukan bantuan dan maklumat tertentu dengan segera mengenai produk rosak tersebut. Nyatakan dengan terperinci apakah kerosakkan, cacat atau lain-lain kepada kami.

3.5.     Sila nyatakan kepada kami nombor pesanan penghantaran dan maklumat lain jika diperlukan bagi kami membantu anda.

3.6.     Jika anda ingin kami untuk membaiki atau menggantikan untuk produk dimana ia mesti mematuhi piawaan ini dan kami dapati bahawa:

3.6.1. telah berlaku pengubahsuaian, tidak sempurna, penjagaan yang tidak betul atau tidak mencukupi, kerosakan atau keadaan tidak normal

3.6.2. telah berlaku kerosakan yang disebabkan oleh percubaan yang salah pada pengubahsuaian atau pembaikan

3.6.3. Kami akan pastikan dan pemeriksaan keseluruhan produk yang dihantar dalam keadaan yang amat baik sekali. Jika berlaku kelusuhan atau kecacatan lain selepas penghantaran dibuat, bergantung kepada budi bicara kami bagi memutuskan untuk mengggantikan, tidak membaiki atau mengembalikan produk. Kami mungkin memerlukan anda untuk membayar semua kos penghantaran yang munasabah atau kos perkhidmatan semasa kami, apabila anda membuat pesanan anda setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang kerugian, liabiliti, kos kerosakan, lain-lain caj atau perbelanjaan.

3.6.4 Bagi produk digital Kami tidak dapat memberikan pulangan wang bagi pembelian produk-produk Digital kerana ianya adalah Kekunci Digital, akan tetapi setiap pembelian kekunci digital akan dipastikan dapat diaktifkan, samada melalui emel/Whatsapp atau Team viewver.

 4.        Baucar

4.1.     Dari masa ke semasa kami akan mengadakan promosi dan kempen yang hebat buat anda. Kami akan menyediakan baucar hadiah dan baucar promosi yang anda boleh tebus di laman ini dan di butik kami.

4.2.     Anda boleh menggunakan atau menebus baucar hadiah dan baucar promosi sebagai pembayaran untuk produk dilaman kami ini.

4.3.     Kami akan mengeluarkan baucar-baucar secara percetakan dan juga secara e-mel yang kami akan hantar kepada anda.

4.4.     Jika anda mempunyai baucar hadiah atau baucar promosi, anda boleh menyerahkan hak anda kepada orang lain untuk digunakan.

4.5.     Sekiranya didapati penipuan atau cubaan perdayaan atau disyaki aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang berkaitan dengan penebusan baucar hadiah & baucar promosi pada laman ini, kami berhak untuk menutup akaun anda dan mengenakan jumlah pembayaran yang berbeza.

4.6.     Berikut adalah syarat-syarat penebusan baucar:

4.6.1. Baucar hadiah dan baucar promosi adalah sah untuk tempoh tertentu dinyatakan atau ditetapkan sahaja, hanya boleh ditebus sekali dan tidak boleh digunakan bersama-sama dengan baucar promosi yang lain.

4.6.2. Jika anda memesan atau memberi arahan untuk produk kurang daripada nilai baucar, tiada bayaran pulangan atau kredit baki dipulangkan kepada anda.

4.6.3. Semua baucar hadiah dan baucar promosi tidak mempunyai nilai tunai, dalam erti kata lain tidak boleh ditukar kepada nilai tunai.

4.6.4. Hanya 1 Baucar promosi layak ditebus pada setiap pesanan produk atau pembelian.

4.6.5. Jika kredit baucar hadiah adalah tidak mencukupi untuk pesanan yang anda ingin lakukan, anda boleh membuat perbezaan melalui pembayaran tunai.

4.6.6. Anda boleh menggunakan seberapa banyak baucar hadiah anda ingin membayar pesanan anda. Baucar hadiah boleh digunakan bersama dengan satu baucar promosi bagi setiap pesanan.

 5.       Pengembalian & Pemulangan

5.1.     Semua produk mesti dipulangkan dalam keadaan asal mereka dengan semua tag yang dilampirkan.

5.2.     Sila ambil perhatian kami tidak menerima pulangan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.6

5.3.     Jika didapati kami menghantar produk yang rosak atau produk yang salah, kami akan menggantikan produk itu. Sekiranya produk yang sama kehabisan stok dengan persetujuan anda kami akan menggantikan produk yang sama nilai. Ataupun kami akan membuat bayaran balik secara tunai.

5.4.     Penghantaran semula kepada kami adalah tanggungan anda sepenuhnya dan penghantaran pengembalian kepada anda adalah tanggungan pihak kami.

 6.       Pindaan kepada Terma dan Syarat Am Perniagaan

6.1.     Kami berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis kepada anda terlebih dahulu. Semua pindaan kepada Terma dan Syarat ini akan diberitahu secara talian samaada di laman Web dan Facebook. Walau bagaimanapun, penggunaan berterusan Laman ini akan disifatkan sebagai penerimaan Terma dan Syarat baru.

 7.       Terma Penggunaan

7.1.     Halaman ini (bersama-sama dengan dokumen yang disebut di atasnya) memberitahu anda syarat-syarat penggunaan (“Terma Penggunaan”) di mana anda boleh membuat penggunaan laman web kami Apasaja.MY atau kedai Apasaja.MY sama ada sebagai pelawat atau pengguna berdaftar. Dengan menggunakan Laman Web ini, menunjukkan bahawa anda menerima Terma Penggunaan ini dan anda bersetuju untuk mematuhi terma. Penggunaan mana-mana bahagian Laman Web merupakan persetujuan anda terhadap Terma Penggunaan yang berkuatkuasa pada tarikh pertama anda menggunakan Laman Web ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan ini, anda perlu berhenti menggunakan Laman Web dengan segera.

8.       Pendaftaran bagi Perkhidmatan

8.1.     Jika anda ingin mengemukakan suatu pesanan untuk Laman Web untuk membeli salah satu daripada produk-produk yang disenaraikan, anda dikehendaki mendaftar untuk akaun di “My Account” dimana anda akan dapat untuk mengakses Laman Web bagi tujuan pembelian. Untuk mendaftar, anda perlu membekalkan kami dengan nama penuh anda, Alamat lengkap beserta poskod dan alamat e-mel dan mungkin beberapa maklumat peribadi lain.

8.2.     Sila ambil perhatian, sebaik sahaja anda mendaftar dengan Laman Web ini, pastikan anda menyimpan kata laluan sulit dengan baik supaya tidak ada mana-mana pihak ketiga menceroboh akaun anda melainkan mendapat kebenaran dari anda.

8.3.     Anda mesti mendaftar dengan alamat e-mel peribadi yang sah dimana anda kerap mengakses. Ini bertujuan jika ada perkara-perkara atau hal-hal yang berbangkit, e-mel dari pengurusan pihak kami boleh dihantar dan diterima oleh anda.

8.4.     Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk pemprosesan pesanan, jual beli dan bahawa semua data yang disediakan oleh anda adalah dijamin benar dan segala maklumat tentang anda akan dijaga selamat.