Waranti

Produk Digital

Setiap Produk Digital didatangkan dengan jaminan waranti sehingga boleh diaktifkan, dan sekiranya ada tempoh tertentu seperti  Satu/Dua/Tiga tahun kami memberi jaminan boleh digunakan dalam tempoh jangka waktu berkenaan. 

Sekira didapati Tidak boleh digunakan, ia akan dihantar kepada pembekal bagi menentukan kesahan masalah, samada perlu mengeluarkan kekunci baru, atau wang dikembalikan sepenuhnya.

Produk lain

Setiap produk lain diberikan jaminan selama 14 hari dari tarikh penerimaan. Sekiranya rosak atau tidak berfungsi berpunca dari proses penghantaran @ kurier, kami akan menggantikan barangan tersebut. Sila isikan borang pemulangan dan pengembalian.  Sila beritahu sebab anda mahu memulangkan barang yang sudah anda pesan. Kami akan memproses permohonan anda. Jika berjaya, kami akan menghantar anda nomor kes dan borang Pemulangan/Penukaran.

Pastikan anda membekalkan kami nombor pesanan dan nombor kes anda di borang Pemulangan/Penukaran tersebut.

Kami tidak akan menerima sebarang pemulangan atau penukaran barang tanpa maklumat yang lengkap. Sila baca polisi Pemulangan & Penukaran kami untuk mendapatkan maklumat lebih tentang proses pemulangan kami.

Polisi Pemulangan & Penukaran Apasaja.MY:

  • Semua pemulangan dan penukaran mestilah dibuat dalam masa 14 hari dari hari pesanan anda dibuat.
  • Semua pemulangan mesti dipos/dihantar kepada kami dalam masa 14 hari selepas menerima nombor kes anda.
  • Semua barang yang rosak atau salah mestilah dilaporkan kepada kami dalam masa 7 hari selepas anda menerima pesanan tersebut.
  • Semua pemulangan dan penukaran mestilah turut mempunyai borang Pemulangan/Penukaran yang dibekalkan oleh pegawai servis pelanggan kami.
  • Jika anda mengepos barang yang anda mahu pulang/tukar, anda perlu menanggung kos-kos yang berkaitan. Kami tidak akan menanggung kos-kos ini.
  • Barang yang anda mahu pulang/tukar adalah tanggungjawab anda sehinggalah ia diterima oleh pihak kami. Kami mencadangkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan servis penghantaran yang berdaftar dan boleh dijejak ketika menghantar barang yang anda mahu pulang/tukar.
  • Barang yang anda pulang/tukar mestilah berada dalam keadaan asal; dengan semua tag dan bungkusan masih berada dalam keadaan baik. Tag tak boleh dibuang, dipotong atau dirosakkan.
  • Pemulangan dan penggantian barang akan dinilai dan diproses HANYA SELEPAS kami menerima barang tersebut.
  • Proses penilaian kes pemulangan dan penggantian barang mengambil masa maksimum 14 hari bekerja selepas pihak kami menerima barang tersebut.
  • Semua pemulangan akan dipulangkan kepada anda mengikut mod pembayaran anda.
  • Jika kes berlanjutan sehingga timbul konflik, Apasaja.MY mempunyai hak untuk membuat keputusan terakhir untuk semua kes.


Adakah ada barang-barang anda yang salah, hilang atau rosak?

Jika ada, sila hubungi kami dalam masa 7 hari selepas membuat pesanan anda.
Sila berikan nombor pesanan, gambar barang dan segala rujukan yang berkaitan selepas menerima barang anda. Kami akan menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.

Pemulangan duit
Semua pemulangan duit akan dikreditkan ke mod pembayaran asal anda. Ia mungkin akan mengambil beberapa hari untuk memproses pemulangan duit anda; bergantung kepada mod pembayaran dan bank anda.
Sila lihat jangkaan masa pemprosesan masa untuk pemulangan duit.

Direct debit: 5 hari bekerja

Alamat pemulangan barang

Sila hantar barang yang anda mahu pulangkan ke alamat berikut. 

Pemulangan barang hendaklah di hantar ke

Apasaja Dot My Enterprise
No 15, Lorong IM 15/35,
Taman Mahkota Permai 2,
25200 Kuantan,
Pahang